Pada hari Rabu bersamaan dengan 13 April 2011, pihak Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab SK. Pekan Keningau II telah menerima kunjungan empat orang wakil dari Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Keningau.
Kunjungan ini bertujuan untuk memantau sesi pembelajaran dan pengajaran (P&P),sistem fail dan juga perkembangan semua guru dalam panitia ini termasuklah guru-guru j-QAF.
Pemantauan ini sedikit sebanyak telah memberi ruang kepada semua guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab untuk berinteraksi secara langsung dengan wakil PPD bagi mendapatkan maklumat dan penerangan berhubung dengan cara untuk meningkatkan prestasi murid-murid beragama Islam khususnya dalam komponen Al-Qur'an dan Fardhu Ain.
Melalui kunjungan ini juga pihak panitia telah diberi penerangan lanjut berkenaan Kem Literasi Al-Qur'an (KLAQ). Kem ini perlu diadakan bagi membimbing murid-murid yang masih lemah dan tidak mampu menguasai sehingga Iqra' 3 walaupun sudah berada di tahun lima persekolahan. Kem ini hendaklah dijalankan di luar waktu persekolahan dengan dibimbing oleh guru-guru beragama Islam yang berkelayakan dalam ilmu Al-Qur'an.
Teguran membina yang diberikan oleh wakil PPD ini telah memberi semangat baru bagi semua anggota panitia untuk terus berusaha tanpa rasa jemu bagi melahirkan insan yang berkeperibadian tinggi dan cemerlang di dunia juga di akhirat.
Kepada wakil dari PPD, kami ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala ilmu,teguran dan idea yang disarankan. Semoga segala apa yang dirancang akan mendapat restu Ilahi dan dipermudahkan perlaksanaannya nanti.
Disediakan Oleh,
Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab
SK. Pekan Keningau II - Menuntut untuk Membina
tel.:087-333591
fax:087-333591
panitiapaiskpk2@gmail.com
http://www.paibaskpk2.blogspot.com/
SK. Pekan Keningau II - Menuntut untuk Membina
tel.:087-333591
fax:087-333591
panitiapaiskpk2@gmail.com
http://www.paibaskpk2.blogspot.com/