Pada hari ini, Kem Bestari Solat (KBS) Fasa 1 bagi tahun 2011 telah diadakan di SK. Pekan Keningau II. KBS pada kali ini bermula seawal jam 7.30 pagi.Semua murid beragama Islam yang hadir pada KBS hari ini mengikuti pembelajaran masing-masing dengan tunjuk ajar dari fasilitator-fasilitator yang terdiri daripada guru-guru SKPK II dan juga guru-guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Keningau.
KBS dimulakan dengan penerangan oleh fasilitator mengikut kumpulan yang diberi dan kemudiannya disusuli dengan latihan dalam kumpulan (LDK). Fasilitator yang dilantik juga bertanggungjawab untuk membuat penilaian berkenaan tahap kefahaman murid-murid secara teori dan amali. Para fasilitator juga akan mengisi borang penilaian yang disediakan bagi merekodkan prestasi murid-murid KBS pada kali ini. Dengan adanya dokumentasi sebegini, murid-murid yang lemah dan masih belum menguasai komponen utama dalam solat akan diberi bimbingan susulan di kelas masing-masing oleh guru Pendidikan Islam umumnya dan juga guru j-QAF khususnya.
Pada jam 10 pagi, semua murid dan fasilitator menjamu selera dengan jamuan ringan yang disediakan. Sejurus selepas jamuan, Kem Bestari Solat diteruskan lagi dengan sesi latihan dalam kumpulan yang ketiga.Kem Bestari Solat berakhir kira-kira jam 11.45 pagi.
Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab
SK. Pekan Keningau II - Menuntut untuk Membina
tel.:087-333591
fax:087-333591
panitiapaiskpk2@gmail.com
http://www.paibaskpk2.blogspot.com/
SK. Pekan Keningau II - Menuntut untuk Membina
tel.:087-333591
fax:087-333591
panitiapaiskpk2@gmail.com
http://www.paibaskpk2.blogspot.com/