Pada hari ini sambutan Hari Guru Peringkat Zon Pegalan bagi tahun persekolahan 2011 telah diadakan di Hotel Perkasa Keningau. Semua guru dan kakitangan bukan mengajar bagi sepuluh buah sekolah yang berada dalam Zon Pegalan diwajibkan hadir bagi memeriahkan lagi acara sambutan ini.
Sepuluh buah sekolah yang berada dalam Zon Pegalan ialah SK. Bulu Silou,SK. Kg. Biah, SK. Rancangan Biah, SK. Membulu, SK. Magatang, SK. Penagatan,SK. Ansip, SK. Pekan Keningau II dan SK. Menawo.
Sambutan ini dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan dari pihak penganjur sambutan iaitu SK. Menawo.Guru Besar SK. Menawo mengalu-alukan kehadiran semua jemputan dan tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua sekolah Zon Pegalan dalam menjayakan sambutan hari guru pada tahun ini. Beliau juga tidak lupa untuk memberi kata-kata semangat bagi semua guru untuk berkhidmat sepenuh hati bagi melahirkan generasi yang berpengetahuan tinggi dan mampu bersaing di peringkat dunia.
Sambutan ini dimeriahkan lagi dengan acara cabutan nombor bertuah dan sesi penyampaian hadiah bagi pertandingan futsal,bola tampar,karaoke, dart,bola sepak dan bola jaring. Sambutan Hari Guru peringkat Zon Pegalan pada tahun ini berakhir kira-kira jam 1 petang.
Disediakan Oleh,
Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab
SK. Pekan Keningau II - Menuntut untuk Membina
tel.:087-333591
fax:087-333591
panitiapaiskpk2@gmail.com
http://www.paibaskpk2.blogspot.com/
SK. Pekan Keningau II - Menuntut untuk Membina
tel.:087-333591
fax:087-333591
panitiapaiskpk2@gmail.com
http://www.paibaskpk2.blogspot.com/