Bulan Ramadhan yang dinanti-nanti kini tiba kembali. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T dapat kita sekali lagi menikmati bulan penuh barakah dan kelebihan ini. Semoga Ramadhan kali ini akan memberi kita rahmat, keampunan dan pembebasan dari azab api neraka.
Bulan Ramadhan amat istimewa jika dibandingkan dengan bulan-bulan Islam yang lain dimana Allah S.W.T menggandakan pahala amalan sunat menyamai pahala amalan fardhu di bulan lainnya, manakala pahala bagi amalan fardhu menyamai 70 amalan fardhu yang dilakukan pada bulan-bulan yang lain.
Di penghujung bulan mulia ini pula, Allah dengan sifat pemurahnya telah mengurniakan satu malam istimewa yang disebut 'Lailatul Qadar' yang diberi khusus bagi umat Nabi Muhammad S.A.W.
Di kesempatan ini Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab SK. Pekan Keningau II ingin mengingatkan diri kami sendiri dan seluruh umat Islam yang lain untuk terus melipatgandakan amalan ibadat di bulan suci ini kerana mungkin ini adalah Ramadhan terakhir buat kita. Marilah kita berusaha untuk mengumpulkan sebanyak mungkin ganjaran pahala sebelum segalanya sudah terlambat buat kita semua.
Ya Allah, Ya Rabbi, berikanlah kami kesihatan yang baik agar dapat kami melakukan ibadat kepadaMu dengan sempurna.
Ampunilah segala dosa kami ya Allah, dan terimalah amal ibadat kami.
Sesungguhnya hanya padaMu sahajalah tempat kami bergantung harapan.
Amin ya Rabbal Alamin...
Disediakan Oleh,
Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab
SK. Pekan Keningau II - Menuntut untuk Membina
tel.:087-333591
fax:087-333591
panitiapaiskpk2@gmail.com
http://www.paibaskpk2.blogspot.com/
SK. Pekan Keningau II - Menuntut untuk Membina
tel.:087-333591
fax:087-333591
panitiapaiskpk2@gmail.com
http://www.paibaskpk2.blogspot.com/