Pada hari ini keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah diumumkan. Setelah sekian lama bertungkus lumus menelaah pelajaran maka tibalah saat yang dinanti-nantikan terutama bagi calon UPSR dan juga ibubapa serta guru-guru di seluruh negara.
Bagi SK. Pekan Keningau II, tahun ini merupakan tahun kedua murid-murid di sekolah ini menduduki peperiksaan UPSR. Jumlah murid yang mendapat A bagi kelima-lima matapelajaran telah meningkat kepada empat orang berbanding dua orang pada tahun lalu.
Murid yang berjaya memperoleh 5A ialah Nor Adzrin binti Pahareh, Nor Afni binti Mohd. Ali, Imraida binti Muraid dan juga Suzanne binti Jefrino.
Panitia Pendidikan Islam SK. Pekan Keningau II mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Bagi murid-murid yang tidak mendapat keputusan yang memberangsangkan, janganlah berputus asa kerana sesungguhnya kejayaan pasti akan menjadi milik kalian juga pada masa akan datang seandainya kalian tekun berusaha untuk memajukan diri sendiri .
Disediakan Oleh,
Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab
SK. Pekan Keningau II - Menuntut untuk Membina
tel.:087-333591
fax:087-333591
panitiapaiskpk2@gmail.com
http://www.paibaskpk2.blogspot.com/
SK. Pekan Keningau II - Menuntut untuk Membina
tel.:087-333591
fax:087-333591
panitiapaiskpk2@gmail.com
http://www.paibaskpk2.blogspot.com/