Pertandingan bercerita dan tilawah Al-Qur'an peringkat zon Pegalan telah diadakan pada 25 Februari di SK. Pekan Keningau II. Pertandingan ini telah disertai oleh beberapa orang peserta dari sekolah-sekolah di Zon Pegalan.
Bagi acara Tilawah Al-Qur'an (Lelaki) wakil dari SK. Menawo, Mohd. Sabri b. Mahanis telah menjadi johan dengan catatan markah sebanyak 63 peratus manakala bagi acara Tilawah Al-Qur'an (Perempuan), johan telah dimenangi oleh Nadirah Syazwani bt. Safari dengan markah sebanyak 73 peratus.
Untuk acara bercerita dari Kisah Al-Qur'an (Lelaki) tempat pertama telah dimenangi oleh mohd. Ismat Afif b. Mohd. Zali dari SK. Penagatan dengan catatan markah sebanyak 75 peratus, tempat kedua pula dimenangi oleh Mohd. Fathul Azam b. Sapirin juga dari SK. Penagatan dan tempat ketiga dimenangi oleh wakil tuan rumah, SK. Pekan Keningau II iaitu Mohd. Fauzi bin Abu dengan markah sebanyak 50 peratus.
Bagi kategori perempuan pula, tempat pertama telah berjaya dimiliki oleh Shahzleyn bt. Mustakim dari SK. Penagatan dengan markah sebanyak 74 peratus manakala tempat kedua telah dimenangi oleh Nur Izzati Amalin bt. Azmi dari SK. Pekan Keningau II dengan markah 64 peratus dan tempat ketiga dimenangi oleh Bibinovishika dari SK. Ambual dengan markah 49 peratus.
Disediakan Oleh,
Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab
SK. Pekan Keningau II - Menuntut untuk Membina
tel.:087-333591
fax:087-333591
panitiapaiskpk2@gmail.com
http://www.paibaskpk2.blogspot.com/
SK. Pekan Keningau II - Menuntut untuk Membina
tel.:087-333591
fax:087-333591
panitiapaiskpk2@gmail.com
http://www.paibaskpk2.blogspot.com/