Pada hari Isnin bersamaan 28 Mac 2011, satu seminar yang bertajuk 'Profesionalisme Guru' telah diadakan di Bilik Sri Koningau pada jam 2 petang.
Seminar ini telah disampaikan oleh Encik Suffian bin Saheran,pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Keningau.
Seminar ini sangat menarik minat para guru SK. Pekan Keningau II kerana pengisiannya yang amat baik disamping cara penyampaian yang bernas serta diselangi jenaka ringan.
Program sebegini sedikit sebanyak dapat mengingatkan para guru tugas dan tanggungjawab sebenar mereka terhadap murid-murid disamping menjana semula idea dan semangat untuk terus menabur bakti kepada anak bangsa.
Bagi guru-guru yang sudah lama berkhidmat, seminar ini bagaikan satu 'wake up call' yang mengembalikan semula keazaman untuk terus berusaha dalam mendidik bakal pemimpin akan datang tanpa mengenal erti jemu namun bagi guru-guru yang baru sahaja memulakan perkhidmatan, seminar ini memberi pendedahan tentang dunia keguruan yang sebenar serta persiapan-persiapan yang perlu ada dalam diri mereka bagi menjana transformasi dunia pendidikan ke arah kecemerlangan. Kesimpulannya, tidak kira masih baru atau sudah lama kita terlibat dalam profesion ini, matlamat kita tetap sama. Ayuh rakan-rakan seperjuangan ... mari kita terus mendidik dan menyemai ilmu di hati pewaris generasi akan datang. Semoga usaha ini menjadi 'pelaburan' jangka panjang yang menguntungkan untuk kehidupan kita di akhirat kelak.
Kepada Encik Suffian, terima kasih daun keladi kami diucapkan atas segala perkongsian ilmu dan pengetahuan yang diberi. Diharap program sebegini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.
Disediakan Oleh,
Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab
SK. Pekan Keningau II - Menuntut untuk Membina
tel.:087-333591
fax:087-333591
panitiapaiskpk2@gmail.com
http://www.paibaskpk2.blogspot.com/
SK. Pekan Keningau II - Menuntut untuk Membina
tel.:087-333591
fax:087-333591
panitiapaiskpk2@gmail.com
http://www.paibaskpk2.blogspot.com/